Bunga
1.
|
Sekuntum bunga yang lengkap terdiri daripada sepal, ranggi, stamen, dan pistil.
|
2.
|
Stamen ialah organ pembiakan jantan bagi bunga. Pada stamen terdapat anter yang mengeluarkan butir debunga, iaitu gamet jantan bunga.
|
3.
|
Pistil ialah organ pembiakan betina bagi bunga. Pada pistil terdapat ovari yang mengandungi ovul, iaitu gamet betina bunga.
|
Pendebungaan
1.
|
Pendebungaan ialah proses pemindahan debunga dari anter ke stigma.
|
2.
|
Pendebungaan berlaku dengan dua cara, iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk.
|
3.
|
Persenyawaan berlaku selepas pendebungaan. Butir debunga bercantum dengan ovul untuk membentuk zigot. Zigot akan berkembang menjadi embrio dan akhirnya menjadi buah.
|
4.
|
Pendebungaan dibantu oleh agen pendebungaan seperti haiwan, angin, dan air.
|
5.
|
Pembiakan aseks pada tumbuhan berlaku melalui pembiakan vegetatif atau melalui spora.
|
6.
|
Tumbuhan berbunga melakukan pembiakan aseks melalui pembiakan vegetatif, iaitu sama ada melalui batang, daun, rizom, bebawang, umbisi, tuber, sulur dan daun.
|
7.
|
Tumbuhan tidak berbunga seperti cendawan dan paku pakis membiak melalui spora.
|
|
thanks for sharing.
回复删除