2012年11月7日星期三

Bumi dan Alam Semesta : Kesan Gerakan Bumi dan Bulan

Bumi dan Alam Semesta :

Kesan Gerakan Bumi dan Bulan 

NOTA 
1.   Putaran Bumi di atas paksinya menyebabkan kejadian:
      (a)   fenomena siang dan malam.
      (b)   terbit dan terbenamnya Matahari.

Siang dan Malam 
1.   Bahagian Bumi yang menghadap Matahari mengalami siang, manakala bahagian  yang membelakangkan Matahari mengalami malam.
2.    Secara keseluruhannya Bumi mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam.
3.    Semakin jauh tempat dari khatulistiwa, tempoh siang dan malamnya berubah disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi sebanyak 23.5o  .
  
Terbit dan Terbenam Matahari 
1.    Putaran Bumi pada paksinya juga menyebabkab terjadinya waktu subuh dan senja.
2.    Matahari kelihatan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Hal ini disebabkan oleh putaran Bumi pada paksinya adalah dari barat ke timur.
3.    Pada masa tertentu, seperti di kutub utara dan selatan, ada kalanya Matahari terbit dan terbenam mengambil masa enam bulam. Ini adalah disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi.
  
Terbit dan Terbenam Bulan dan Bintang 
1.    Putaran Bumi pada paksinya juga menyebabkan Bulan dan bintang kelihatan bergerak pada waktu malam. Walaupun pada waktu siang perkara yang sama berlaku tetapi kita tidak menyedarinya kerana kita tidak dapat melihat Bulan dan bintang pada siang hari.
2.    Bulan dan bintang seolah-olah bergerak dari timur ke barat sebagaimana Matahari melintasi langit malam kerana Bumi berputar dari barat ke timur.


没有评论:

发表评论