Kitar Haid
1.
|
Kitar haid ialah edaran perkembangan dan kemerosotan dinding uterus yang berkait dengan perkembangan ovum.
|
2.
|
Satu kitar haid yang lengkap mengambil masa lebih kurang 28 hari.
|
3.
|
Dalam satu kitar haid terdapat beberapa perkara penting seperti pengeluaran haid, tempoh kesuburan, pengovulan, persenyawaan, penempelan.
|
4.
|
Pengeluaran haid berlaku jika ovum tidak disenyawakan,dinding uterus yang menebal akan merosot atau reput dengan pengeluaran mukus, serpihan sel dan darah dari faraj.
|
5.
|
Tempoh kesuburan ialah jangkamasa sekitar pembebasan ovum iaitu antara hari kesebelas hingga keenambelas dalam sesuatu kitar haid. Kemasukan sperma ke dalam saluran pembiakan wanita dalam tempoh ini boleh menyebabkan kehamilan.
|
6.
|
Pengovulan ialah satu proses di mana ovum yang matang dibebaskan ke dalam tiub Fallopio dari ovari yang berlaku dalam masa tempoh kesuburan.Sekiranya sperma terdapat di dalam salur ini akan menyebabkan proses persenyawaan berlaku.
|
7.
|
Persenyawaan ialah satu proses percantuman antara sperma dan ovum dalam tempoh kesuburan dalam tiub Fallopio.
|
8.
|
Penempelan ialah satu proses pelekatan zigot ke dinding uterus selepas beberapa hari proses persenyawaan berlaku. Sekiranya penempelan berlaku dinding uterus akan menebal bagi membekalkan makanan dan oksigen kepada embrio untuk berkembang menjadi fetus sehingga 9 bulan 10 hari. Dalam tempoh ini haid tidak berlaku , penebalan dinding akan berkekalan sehingga kelahiran bayi.
|
Perkembangan embrio
1.
| ![]() |
2.
|
Embrio terkandung di dalam pundi yang berisi bendalir amnion yang melindungi embrio daripada sebarang renjatan.
|
3.
|
Selepas lapan minggu embrio berkembang, embrio mempunyai struktur utama badan yang lengkap. Pada peringkat ini embrio dikenali sebagaifetus.
|
4.
|
Keseluruhan tempoh perkembangan zigot mengambil masa selama 40 minggu dan tempoh ini dikenali sebagai tempoh kehamilan.
|
5.
|
Kelahiran berlaku secara berperingkat seperti berikut :
|
![]() |


没有评论:
发表评论